Monday, June 25, 2012

Program TG Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki.




Setiap kali mendapat maklumat tentang kedatangan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki ke Kuala Lumpur ataupun Selangor, saya bersama keluarga tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ilmunya. Ini ditambah lagi apabila Tuan Guru Syeikh sering memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan soalan, seolah-oleh Tuan Guru Syeikh sudah tahu apa yang ada di dalam benak hati saya.

Sememangnya saya mengakui bahawa Tuan Guru Syeikh adalah seorang Guru yang paling saya sayangi dengan sikap tawadduknya, adab-adabnya, ilmunya, cara penyampaiannya yang begitu lain sekali dengan pendakwah-pendakwah yang ada di negara ini. Ke'aliman dan kewarakannya membuatkan saya begitu teruja untuk senantiasa berada di samping Tuan Guru Syeikh seakan-akan tidak mahu berjauhan darinya. Saya sering berdoa agar Tuan Guru yang saya sayangi ini akan senantiasa diberi kesihatan yang berpanjangan oleh Allah untuk terus menaburkan baktinya demi agama kerana bagi pencinta-pencinta ilmu, pastinya akan bersetuju untuk menobatkan Tuan Guru Syeikh Nuruddin sebagai pembawa risalah yang bertetapan dengan apa yang diajar oleh Baginda Nabi Shallalahu Alayhi Wassalam yang amat disayangi oleh semua masyarakat dan disegani oleh yang lainnya.



Tuesday, June 5, 2012

Kuliah Maghrib di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail.

Kuliah Maghrib di Masjid Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Bangsar.


Menjaga adab apabila berada di Masjid amatlah dituntut apatah lagi kita menjadi tetamu Allah kita tidak malu dengan makhluk-makhluk Allah yang lain yang berada di dalam masjid.Semoga memberi menafaat kepada umat Islam yang senantiasa mengunjungi rumah-rumah Allah.

Kuliah Maghrib di Surau Al-Huda Taman Keramat.


Hakikat Rukhshah di mana kelonggaran yang dibenarkan oleh syariat untuk kita melaksanakan ibadat dan bukannya dengan menggunakan rukhshah untuk memenuhi kehendak nafsu sahaja.Semoga umat Islam dapat mengamalkan ibadat solat dengan lebih sempurna sebagaimana Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wassalam "Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat" - Sahih Bukhari.

Kuliah Maghrib di Surau Al-Ikhwan Gombak.


Alhamdulillah, apabila kita dengan terus menerus tanpa jemu berdakwah untuk memberi kefahaman kepada umat Islam betapa bahayanya fahaman Wahhabiy, akhirnya umat Islam akan semakin faham betapa pentingnya amalan-amalan yang baik untuk diamalkan bagi memperkukuhkan keimanan kita mendekati Allah swt. Semoga amalan-amalan yang baik yang disepakati oleh ulama Muktabar tidak terhakis disebabkan oleh kesan fahaman Wahhabiy yang sering membida'ahkan, mensyirikkan amalan-amalan yang baik ini.