Monday, June 25, 2012

Program TG Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki.




Setiap kali mendapat maklumat tentang kedatangan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki ke Kuala Lumpur ataupun Selangor, saya bersama keluarga tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ilmunya. Ini ditambah lagi apabila Tuan Guru Syeikh sering memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan soalan, seolah-oleh Tuan Guru Syeikh sudah tahu apa yang ada di dalam benak hati saya.

Sememangnya saya mengakui bahawa Tuan Guru Syeikh adalah seorang Guru yang paling saya sayangi dengan sikap tawadduknya, adab-adabnya, ilmunya, cara penyampaiannya yang begitu lain sekali dengan pendakwah-pendakwah yang ada di negara ini. Ke'aliman dan kewarakannya membuatkan saya begitu teruja untuk senantiasa berada di samping Tuan Guru Syeikh seakan-akan tidak mahu berjauhan darinya. Saya sering berdoa agar Tuan Guru yang saya sayangi ini akan senantiasa diberi kesihatan yang berpanjangan oleh Allah untuk terus menaburkan baktinya demi agama kerana bagi pencinta-pencinta ilmu, pastinya akan bersetuju untuk menobatkan Tuan Guru Syeikh Nuruddin sebagai pembawa risalah yang bertetapan dengan apa yang diajar oleh Baginda Nabi Shallalahu Alayhi Wassalam yang amat disayangi oleh semua masyarakat dan disegani oleh yang lainnya.



No comments: