Wednesday, July 25, 2012

Buat Renungan Semua Imam-Imam Masjid/Surau.


Bagi mereka yang diamanahkan sebagai Imam di masjid-masjid ataupun surau-surau, jalankan amanah dengan bersumberkan amalan yang telahpun disepakati oleh jumhur ulama sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Nabi Muhammad Shallallahu Alayhi Wassalam.

Namun keegoaan Imam-Imam yang menduduki sesuatu masjid, apabila ditegur tetapi masih dengan berisytihad sendiri dengan mengenepikan pandangan jumhur ulama amat sukar dibendung.Contohnya, ada Imam ataupun Ketua Imam sendiri memberikan contoh yang tidak sepatutnya dilakukan ketika solat dengan bersolat secara santai tanpa mengangkat tangan ketika ruku', iktidal dan bangun dari bacaan tahiyyat yang pertama sedangkan ianya sunat untuk dilakukan, maka sebagai seorang Imam, sepatutnya memberi contoh kepada makmum tentang ciri sifat solat Nabi yang sahih.
Begitu juga dalam masalah wirid, ada di antara Imam yang begitu malas dengan hanya mengambil jalan pintas agar dapat menghabiskan tugasannya sebagai Imam dengan segera. Banyak kesalahan-kesalahan Imam-Imam yang disebutkan dalam video di atas oleh Tuan Guru kami tetapi disebabkan ada rasa ego dalam diri seorang Imam, maka ada di antara mereka tidak memperdulikan teguran seperti ini.

No comments: