Thursday, August 30, 2012

Kepulangan Tuan Guru Syeikh Nuruddin.




Tausiyah Oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.


Bacaan Rangkaian Qasidah.

Kepulangan Tuan Guru Syeikh Nuruddin pada 29 Ogos 2012 setelah berada lebih dua minggu di bumi Mesir untuk mengadakan Daurah Kitab disambut meriah oleh penggemar Majlis Tafaquhdin di Surau Al-Hakim Subang Bistari. Al-Faqir, anak dan sahabat, Ustaz Osman Bin Halim, (Imam Masjid Ar-Rahimah) tidak melepaskan peluang untuk turut serta apatah lagi kami sering mengikuti pengajian kitab bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin sepanjang Tuan Guru berada di Lembah Kelang. Begitu terubat kerinduaan setiap penggemar majlis ilmu menyambut kedatangan Tuan Guru yang dikasihi bermulanya dengan penyanpaian Tausiyah oleh Tuan Guru Syeikh, kemudian dibaca rangkaian Qasidah dengan kehadiran ikhwan-ikhwan dari Darul Sa'adah Seremban sehinggalah kesemua yang hadir dijamu makan di rumah Tuan Haji Zul yang berhampiran Surau Al-Hakim.

Semoga Tuan Guru Syeikh Nuruddin senantiasa diberkahi oleh Allah dengan dilimpahkan kesihatan yang berpanjangan agar dapat terus mengabdikan dirinya menunjukkan kami semua ke jalan Allah dengan ketawaddukannya, keilmuannya, adabnya sehingga amat sulit untuk kami mencari seorang guru dewasa ini yang benar-benar mengikut Sunnah Rasulullah Shallallahu Alayhi Wassalam.

Tuesday, August 28, 2012

Kuliah Maghrib Masjid Al-Irsyad.


Adakalanya bila kita menyampaikan kuliah, berbagai-bagai persepsi penerimaan masyarakat terhadap apa yang kita sampaikan. Bagi yang menerima setiap teguran dan nasihat yang disampaikan, maka itu adalah sesuatu yang baik sementara bagi yang hanya mendengar melalui telinga kanan dan keluar segala-galanya ikut telinga kiri, maka sia-sialah bagi mereka kerana tidak mengambil apa-apa menafaat dari apa yang disampaikan. Inilah sikap yang terdapat dalam segelintir umat Islam yang hanya duduk dalam sesebuah masjid tanpa mendapat keberkatan ilmu setiap kali diadakan kuliah bagi memberi sedikit input ilmu kepada mereka.Maka dengan itu, tidak ada perubahan sikap terhadap mereka sehinggakan amalan yang dikerjakan, masih di tahap yang amat mengecewakan walaupun sudah acapkali disampaikan nasihat-nasihat kepada mereka.Tuntutlah ilmu agar segala amalan yang kita lakukan, ada penambahbaiknya dan bukannya setiap amalan yang kita lakukan itu hanyalah ala kadar sahaja.

Monday, August 27, 2012

Kesalahan Imam-Imam Dalam Solat.



Para Imam-Imam di masjid merupakan ikutan bagi jemaah tetapi amat malang sekali apabila para Imam tidak mengikut hukum-hakam yang digariskan dalam melaksanakan Solat. Suara yang merdu bukanlah syarat yang utama untuk seseorang itu menjadi seorang Imam jika Hadis Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam yang berbunyi,"Bersolatlah Kamu Sebagaimana Kamu Melihat Aku Bersolat" tidak diikuti. Terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para Imam dalam memimpin Solat disebabkan banyak sunnah Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam diketepikan sehinggakan para Imam berijtihad sendiri dalam menentukan sesuatu hukum. Semoga apa yang dipaparkan di atas akan memberi satu pengajaran kepada para Imam agar dapat memimpin Solat dengan lebih sempurna agar perbuatan yang salah tidak menjadi ikutan kepada para jemaah.

Friday, August 17, 2012

Iftar Bersama TG Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki.

Bacaan Qasidah sebelum Tausiyah.

Tausiyah TG Syeikh Nuruddin.
Wirid oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir.

Alhamdulillah dengan keizinan dari Allah, dapatlah Al-Faqir meluangkan masa untuk bersama-sama Tuan Guru kesayangan Al-Faqir, Al-Alamah Al-Faqeh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki untuk Tausiyah terakhir bagi bulan Ramadhan 1433H sebelum Tuan Guru Syeikh berangkat ke Mesir untuk Daurah Kitab bersama pelajar-pelajar di sana. Semoga Allah merahmati Tuan Guru Syeikh yang banyak membimbing Al-Faqir dan ikhwan-ikhwan yang lain dalam siri pengajian bertalaqi bersamanya yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan 1433H selama hampir dua minggu dan juga dalam siri pengajian-pengajian berkitab yang diadakan sebelum dari itu lagi.Syukran Jazakallah Tuan Guru Syeikh Nuruddin, guru kesayangan kami semua.

Sunday, August 12, 2012

Pengajian Sifat Solat Nabi Yang Sahih.

Bersama TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.
Kitab terbitan Al-Faqir.
Perlaksanaan Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi'e
"Bersolatlah Kamu Sebagaimana Kamu Melihat Aku Bersolat" - Hadith Imam Bukhari.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa urusan yang mula-mula sekali yang akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat nanti ialah Solat. Sejauh manakah kita telah melaksanakan Solat dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh tuntutan syarak yang dipandukan melalui para Fuqaha yang mengambil segala tata-cara perlaksanaan Solat dengan sempurna melalui sanad bersambung kepada Nabi Muhammad Shallallahu Alayhi Wassalam. Kebanyakan yang dilihat melalui pengamatan Al-Faqir bersama2 Tuan Guru sendiri mengamatinya, berlakunya perlaksaan Solat yang tidak menepati piawaian yang sebenarnya sebagaimana yang disebut oleh Nabi kita, "Bersolatlah Kamu Sebagimana Kamu Melihat Daku Bersolat". Amatlah malang apabila ada di antara kita yang tidak mahu mengambil inesetif untuk mengikuti pengajian Solat dengan sempurna dan menyangka Solat yang dilakukan itu adalah yang terbaik sedangkan ianya tidak berdalilkan kepada Ilmu tetapi hanyalah melalui sangkaan mereka sahaja.

Sememangnya amat sukar untuk membentuk masyarakat untuk menuntu ilmu terutamanya dalam bab Solat, mungkin disebabkan rasa ego di dalam hati dan tidak mahu mendengar sebarang teguran.Ini biasanya akan berlaku kepada warga-warga emas yang sudah lama melaksanakan Solat sedangkan perlaksanaan Solat mereka amatlah mengecewakan. Begitu juga jika kita menegur para-para Imam yang hanyalah bermodalkan boleh membaca Al-Quran untuk menjadi Imam sedangkan perlaksanaan Solat mereka tidak mengikut Sunnah yang diajar oleh Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam. Tidaklah sampai Solat yang dilakukan oleh beberapa Imam dan jemaah yang lain itu menjadi batal ataupun tidak diterima namun apakah dalam melaksanakan satu tuntutan yang amat penting sekali terutamanya apabila kita berbicara hanyalah dengan Allah, maka kita tidak mahu melakukan yang terbaik??? Maka Al-Faqir sebagai orang yang bertanggung-jawab menerbitkan Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih dan bersumberkan lebih kepada menurut pandangan Imam Asy-Syafie senantiasa akan meluangkan masa dan waktu untuk membimbing umat Islam agar dapat malaksanakan Solat dengan sempurna sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam.

Kuliah Sepanjang Ramadhan 1433H.

Surau Saidina Ali, Bukit Beruntung.
Masjid Al-Irsyad USJ 1
Bacaan Zikir Munajat.

Sepanjang Ramadhan 1433H, Al-Faqir telah dijemput untuk menyampaikan kuliah di beberapa Masjid dan Surau di sekitar Lembah Kelang. Di antaranya kuliah Subuh di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Tazkirah Ramadhan di Masjid Al-Irsyad USJ1, Surau Saidina Ali Bukit Beruntung, Surau Al-Falaq Taman Kinrara dan lain-lain lagi. Semoga apa yg disampaikan kepada para jemaah dapat dimenafaatkan dengan baik agar kita menjadi Hamba Allah yang sebenar-benarnya takut kepadaNya dan menjadi orang yang paling bertaqwa sekali di atas muka bumi ini.

Pengajian Kitab Fatawa Imam Nawawi.


Al-Faqir ( Burdah hijau di sebelah TG Syeikh)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Dan Penyayang dan Selawat Ke Atas Baginda Rasulullah Shallallahu Alayhi Wassalam kerana dengan limpahan nikmat dari Allah serta dengan kerahmatan yang dibawa oleh Nabi kita, maka dapatlah Al-Faqir dengan keizinan dari Allah, sama-sama bertalaqi Kitab Fatawa Imam Nawawi bersama Ulama Nusantara Tersohor, TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Sebelum itu. kami telah bertalaqi beberapa Kitab pada bulan Sya'aban bersama Ulama Tersohor ini dan bermulanya 1 Ramadhan 1433H, Al-Faqir memulakan pengajian bersama Tuan Guru Syeikh yang dikasihi dengan Kitab "Kumpulan Risalah2 Hadith Nabawi" yang diadakan di Masjid Al-Falah USJ9 bermula jam 10 pagi. Pengajian bersama TG Syeikh dilanjutkan pula pada sebelah malam di Dewan Nikah Masjid Wilayah Jalan Duta seusai melaksanakan Solat Sunat Tarawikh 23 rakaat.

Sesungguhnya Ramadhan kali ini amat begitu bermakna sekali apatah lagi, masa yang diperuntukkan tidak tersia-sia begitu sahaja kerana adanya Tuan Guru Syeikh yang datang untuk memberi bimbingan kepada pencinta-pencinta ilmu.Semoga Allah jualah yang membalas jasa baik Tuan Guru yang dicintai kerana mencurahkan segala ilmunya kepada kami semua.

Monday, August 6, 2012

Khas Untuk Imam-Imam Masjid, Jangan Abaikan...


TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki menegur kebanyakan Imam-Imam yg memimpim solat sedangkan tidak pernah mempelajari Hadis-Hadis Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam serta hukum-hukum dan adab-adab dalam solat. Suara yang merdu dan boleh menghafaz Al-Quran bukanlah tiket untuk menjadi seorang Imam sedangkan hukum-hukum untuk memimpin Solat berjemaah masih lagi tidak dipelajari. Saya postkan ini adalah khas untuk Imam-Imam yang bertugas di masjid berhampiran rumah saya seperti Masjid Ar-Rahimah, Masjid Nurul Hidayah, Masjid Asy-Syafie, Masjid Asy-Syakirin dan beberapa lagi surau-surau yang berhampiran.