Sunday, August 12, 2012

Pengajian Sifat Solat Nabi Yang Sahih.

Bersama TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.
Kitab terbitan Al-Faqir.
Perlaksanaan Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi'e
"Bersolatlah Kamu Sebagaimana Kamu Melihat Aku Bersolat" - Hadith Imam Bukhari.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa urusan yang mula-mula sekali yang akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat nanti ialah Solat. Sejauh manakah kita telah melaksanakan Solat dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh tuntutan syarak yang dipandukan melalui para Fuqaha yang mengambil segala tata-cara perlaksanaan Solat dengan sempurna melalui sanad bersambung kepada Nabi Muhammad Shallallahu Alayhi Wassalam. Kebanyakan yang dilihat melalui pengamatan Al-Faqir bersama2 Tuan Guru sendiri mengamatinya, berlakunya perlaksaan Solat yang tidak menepati piawaian yang sebenarnya sebagaimana yang disebut oleh Nabi kita, "Bersolatlah Kamu Sebagimana Kamu Melihat Daku Bersolat". Amatlah malang apabila ada di antara kita yang tidak mahu mengambil inesetif untuk mengikuti pengajian Solat dengan sempurna dan menyangka Solat yang dilakukan itu adalah yang terbaik sedangkan ianya tidak berdalilkan kepada Ilmu tetapi hanyalah melalui sangkaan mereka sahaja.

Sememangnya amat sukar untuk membentuk masyarakat untuk menuntu ilmu terutamanya dalam bab Solat, mungkin disebabkan rasa ego di dalam hati dan tidak mahu mendengar sebarang teguran.Ini biasanya akan berlaku kepada warga-warga emas yang sudah lama melaksanakan Solat sedangkan perlaksanaan Solat mereka amatlah mengecewakan. Begitu juga jika kita menegur para-para Imam yang hanyalah bermodalkan boleh membaca Al-Quran untuk menjadi Imam sedangkan perlaksanaan Solat mereka tidak mengikut Sunnah yang diajar oleh Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam. Tidaklah sampai Solat yang dilakukan oleh beberapa Imam dan jemaah yang lain itu menjadi batal ataupun tidak diterima namun apakah dalam melaksanakan satu tuntutan yang amat penting sekali terutamanya apabila kita berbicara hanyalah dengan Allah, maka kita tidak mahu melakukan yang terbaik??? Maka Al-Faqir sebagai orang yang bertanggung-jawab menerbitkan Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih dan bersumberkan lebih kepada menurut pandangan Imam Asy-Syafie senantiasa akan meluangkan masa dan waktu untuk membimbing umat Islam agar dapat malaksanakan Solat dengan sempurna sebagaimana yang dianjurkan oleh Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam.

1 comment:

maryam maisarah said...

Assalam.

Mohon ibn salleh sentiasa menghebahkan pengajian Tn Guru Skh Nuruddin kerana saya sentiasa ketinggalan. Jika sblm ini rujukan saya sentiasa di majlisilmu.blogspot, tp empunya blog majlisilmu telah berpergian ke yaman. Harap ada hebahan seterusnya ttg pengajian Tn Skh yg akan datang. Jazakallahu khairan.