Sunday, September 30, 2012

Pengajian Berkitab Sifat Solat Nabi Yang Sahih.

Insya'allah, Al-Faqir akan menyampaikan pengajian Sifat Solat Nabi Yang Sahih, karangan Allamah Dr. Hassan Ali Al-Saqqaf Al-Qurasyi Al-Hasyimi di beberapa buah masjid dan surau di sekitar Lembah Kelang sepanjang bulan Oktober 2012. Di antaranya ialah di Masjid Al-Irsyad USJ1, Surau An-Nur, Bandar Saujana Putra, Darul Taqwa Lebuh Turi, Kelang, Madrasah al-Huda Taman Keramat, Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Surau Silaturrahim, Desa Pandan, Surau Bangunan Yayasan Tun Abdul Razak dan lain-lain.Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah swt dan Al-Faqir mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pengajian berkitab ini, hanya kepada Allah jualah kita serahkan segala-galanya untuk diperhitungkan.

No comments: