Saturday, March 9, 2013

Pendedahan Kitab Wahhabiy.

Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki menunjukkan kandungan Kitab Unwan al-Majd fi Tarikh Najd, karangan sejarahwan Wahhabiy bernama Utsman Ibnu Bisyr al-Hanbali al-Najdi kepada Ustaz Don dan Al-Faqir. Apa yang disampaikan oleh Ulama Nusantara, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki tentang kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan oleh pengasas Wahhabiy, Muhammad Ibn Wahab telah membuatkan beberapa pengikut Muhammad Ibn Wahab yang mengikut fahaman Wahhabiy di Negara ini tidak senang duduk.Ini disebabkan segala-galanya telah tercatit dalam lipatan sejarah dan yang mengkhabarkannya juga adalah dari kalangan Wahhabiy sendiri. Al-Faqir telah berusaha melakukan scan berserta terjemahan tentang kandungan Kitab Tarikh Najd tersebut bagi menjelaskan kepada masyarakat Islam, bahawa ia bukannya satu dongengan semata-mata tetapi ia dibuktikan melalui kitab Wahhabiy sendiri.Ini hanyalah sebahagian yang dapat Al-Faqir paparkan bagi membenarkan kenyataan Tuan Guru Syeikh Nuruddin sehinggakan kumpulan-kumpulan Wahhabiy tidak mampu menjawabnya malah senjata yang digunakan oleh mereka ialah dengan melakukan fitnah-fitnah yang jahat terhadap Tuan Guru kami.Kumpulan-kumpulan Wahhabiy juga memfitnah Al-Fadhil Ustaz Don kerana terdapat juga sindiran-sindirin tajam yang kena pada batang hidung Wahhabiy dalam program 30 Minit bersama Ustaz Don di TV al-Hijrah. Semoga dengan beberapa paparan ini akan membuka mata masyarakat, betapa jahatnya Muhammad Ibn Wahab yang dianggap oleh golongan Wahhabiy sebagai seorang Ulama yang dikatakan untuk memurnikan Tauhid umat Islam.Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Muhammad Ibn Wahab adalah untuk menguasai Tanah Hijaz dan Madinah dan seterusnya bersekongkol dengan pihak British, Amerika dan Yahudi untuk melemahkan jiwa umat Islam itu sendiri.

2 comments:

Mentadak said...

assalamualaikum, boleh saya tahu dari mana keratan terjemahan Tarikh Najd yang di'scan' tu diambil dan siapa penulis yang menterjemahkannya?

Ibn Salleh. said...

Waalaikumussalam, dari terjemahan Prof. Dr KH Said Agil Siraj MA, Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama Indonesia diperakui oleh KH Dr Ma'ruf Amin MA, Ketua Majlis Ulama indonesia dan Ustaz H. Muhammad Arifin Ilham, Pimpinan Majlis Zikir az-Zikra Indonesia.