Wednesday, May 1, 2013

Peringatan Sempena PRU13

Kuliah Maghrib al-Faqir di Masjid al-Irsyad USJ1 pada 24 April 2013 menyentuh serba sedikit tentang fenomena yang berlaku sempena menyambut pilihanraya yang ke 13.Al-Faqir dengan tegas mengatakan tidak memihak kepada mana-mana pihak tetapi disebabkan bahang pilihanraya semakin hampir, maka ada beberapa rentetan bagi memperingatkan para jemaah agar tidak terlalu ghairah dengan pilihanraya yang diadakan.Ini memandangkan timbulnya beberapa isu terutama sekali dalam pemilihan calon-calon yang ternyata membawa fahaman yang bertentangan dengan kesepakatan jumhur Ulama.Al-Faqir juga menyentuh tentang sikap masyarakat kita yang terlalu teruja dengan beberapa berita yang didengari sehingga boleh mengakibatkan dosa ditanggung sendiri.Berpada-padalah dalam berpolitik agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci oleh Allah dengan sikap kita yang terlalu fanatik dengan politik kepartian.Al-Faqir akur dengan larangan berpolitik di dalam masjid-masjid tetapi apa yang disampaikan bukanlah menyentuh politik mana-mana pihak tetapi lebih kepada memberi peringatan kepada para jemaah tentang beberap isu yang berbangkit.

No comments: