Friday, June 28, 2013

Kuliah Maghrib Masjid al-Irsyad USJ1 -26 Jun 2013.

Sambutan Malam Nisfu Sya'aban 1434H.

Alhamdulillah, Al-Faqir telah dijemput untuk memimpin bacaan Yassin, Solat Sunat Tasbih dan Tausiyah sempena menyambut kemuliaan Malam Nisfu Sya'aban yang jatuh pada 23 Jun 2013 Hari Ahad bertempat di Madrasah al-Huda Taman Keramat.Malam
tersebut juga, Al-Faqir telah mengijazahkan para hadirin dengan kitab Yassin Mustajab yang mana Al-Faqir mendapatkannya ketika menuntut ilmu bersama seorang Tuan Guru di Kedah.Semoga majlis yang dianjurkan mendapat keberkatan Allah dan menjadikan para jemaah senantiasa istiqamah untuk melakukan ubudiyyah sebagai bekalan untuk ke akhirat.Syukran Jazakumullah kepada pihak Madrasah al-Huda yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Al-Faqir sehibnggakan majlis dapat dilaksanakan dengan begitu berjaya yang berakhir pada jam 11.00 malam.

Sunday, June 2, 2013

Al-Kuliyyah TV3 - Bahaya Syiah.

Alhamdulillah, pada 31 May 2013, al-Faqir telah diberi kesempatan untuk menyampaikan tazkirah Juma'at di Masjid ar-Rahah Bangsar South City.Seusai solat Juma'at, bergerak pula ke Sri Pentas TV3 untuk mengikuti perbicaraan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki yang berhubung-kait dengan perkembangan Syiah.Ini merupakan kali pertama Tuan Guru Syeikh dijemput oleh pihak TV3 bagi program al-Kuliyyah dan Insya'allah, dakwah Tuan Guru Syeikh akan terus berkembang lagi kerana pada masa yang sama, program Tanyalah Ustaz terbitan media prima juga berhajat untuk melamar Tuan Guru bagi slot mereka.Semoga dakwah Ahli Sunnah Wal Jamaah akan terus bersemarak bagi memberi pencerahan kepada masyarakat Islam khasnya di Malaysia tentang bahayanya fahaman-fahaman yang bathil, di mana kini semakin mencari ruang di Negara kita.