"Apabila telah melaknat (mengutuk)akhir ummat ini akan awal ummatnya, maka pada sesiapa yg ada padanya ilmu maka hendaklah dikeluarkannya.Maka sesungguhnya penyembunyi ilmu itu pada ketika itu adalah seperti penyembunyi apa yg telah diturunkan ke atas Saiyidina Muhammad SAW" - Imam Al-Bukhari dlm. Kitab Tarikh 2/1/180
Friday, June 28, 2013
Sambutan Malam Nisfu Sya'aban 1434H.
Alhamdulillah, Al-Faqir telah dijemput untuk memimpin bacaan Yassin, Solat Sunat Tasbih dan Tausiyah sempena menyambut kemuliaan Malam Nisfu Sya'aban yang jatuh pada 23 Jun 2013 Hari Ahad bertempat di Madrasah al-Huda Taman Keramat.Malam tersebut juga, Al-Faqir telah mengijazahkan para hadirin dengan kitab Yassin Mustajab yang mana Al-Faqir mendapatkannya ketika menuntut ilmu bersama seorang Tuan Guru di Kedah.Semoga majlis yang dianjurkan mendapat keberkatan Allah dan menjadikan para jemaah senantiasa istiqamah untuk melakukan ubudiyyah sebagai bekalan untuk ke akhirat.Syukran Jazakumullah kepada pihak Madrasah al-Huda yang memberi sepenuh kepercayaan kepada Al-Faqir sehibnggakan majlis dapat dilaksanakan dengan begitu berjaya yang berakhir pada jam 11.00 malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment