Friday, September 20, 2013

Tazkirah Juma'at Di Masjid Ar-Rahah Bangsar South City.

Alhamdulillah, al-Faqir telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah Juma'at di Masjid ar-Rahah pada 20 September 2013.Sebelum ini, telah beberapa kali al-Faqir menyampaikan tazkirah Juma'at di masjid ini dan seringkali juga diulang-ulang ialah tentang peranan seorang Imam memimpin solat berjemaah.Al-Faqir menyebut Hadis Nabi yang maksudnya,"Imam itu penjamin" yang membawa maksud akan menjamin kesempurnaan solat jemaahnya dengan solat yang dilakukan oleh Imam tersebut.Tidak selayaknya kita mengambil jawatan sebagai Imam jika tidak pernah mengamalkan hukum-hakam dalam solat yang telah diajar melalui Hadis-Hadis Nabi dan melalui kitab-kitab fiqh yang disusun oleh para Ulama Mukatabar.Ini memandangkan kebanyakan para Imam seolah-olah boleh berijtihad sendiri sedangkan yang dibenarkan berijtihad mengenai sesuatu hukum itu adalah Imam Mujtahid, bukannya Imam-Imam di masjid. Al-Faqir juga menyentuh tentang sikap Imam yang tidak pernah menimbangkan akhirat para jemaahnya, wirid-wirid ditinggalkan, dalam solat Subuh Hari Juma'at, bacaan Surah as-Sajadah dikerat tiga, berpakaian pada Hari Juma'at tidak sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Nabi iaitu serba putih sedangkan di atas mimbar, para Imam berkhutbah mengingatkan para jemaah agar menghidupkan sunnah-sunnah Nabi tetapi malangnya, orang yang pertama menguburkan sunnah-sunnah Nabi ialah para Imam-Imam di masjid.Semoga apa yang disampaikan menjadi ibrah kepada para Imam-Imam yang ada, agar berhati-hati dalam memimpin solat berjemaah kerana ditakuti di akhirat nanti akan ditanya oleh Allah, "Engkau ada ilmu, kenapa tidak diamalkan, engkau sebagai Imam hanya tahu mengingatkan itu dan ini kepada para jemaah tetapi engkau sendiri yang mengabaikannya".Insya'Allah, Masjid ar-Rahah juga akan menjemput al-Faqir untuk membimbing para jemaah agar dapat mengamalkan setiap apa yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi Shallallhu Alayhi Wassalam.

Hilangnya Sebutir Mutiara Yang Berharga.

Pada 15 September 2013, bersamaa hari Ahad, dunia dikejutkan dengan kewafatan seorang Ulama keturunan Rasulullah, Habibuna Habib Munzir Bin Fuad al-Musawa, yang memimpin ratusan ribu umat di Indonesia dalam Majlis Rasulullah yang dianjurkannya di Monas.Ini merupakan satu kehilangan besar kepada umat Islam di mana Al-Marhum wafat ketika umurnya baru mencapai hampir 40 tahun.Sebelum kewafatan Habibuna Habib Munzir, beliau telah didatangani oleh Baginda Rasulullah yang menepuk bahunya dan berkata,"Munzir, engkau telah bertemu denganku ketika umurnya belum lagi mencapai 40 tahun". Sesungguhnya mimpi orang-orang yang solih itu amat benar dan selayaknya Habibuna Habib Munzir akan duduk bersama dengan Rasulullah di akhirat nanti dengan kecintaannya kepada Baginda Nabi. Al-Faqir menerima berita kewafatan Habibuna Habib Munzir ketika dalam perjalanan ke Surau Kg Berembang Ampang untuk menyampaikan kuliah, maka Al-Faqir mengajak para jemaah untuk mengadakan tahlil arwah untuk Almarhum.Keesokan harinya, Al-Faqir telah hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muadz bin Jabal Taman Setiawangsa.Sebelum bacaan Yasin dan tahlil arwah diadakan, solat jenazah ghaib telah disempurnakan oleh Habib Ali Zainal Abidin. Al-Faqir sempat bertemu dengan Almarhum ketika kedatangan beliau ke Malaysia dan ternyata, sikapnya yang begitu tawadduk, sering tersenyum, lembut bicaranya, adalah sama sebagaimana akhlak junjungan Baginda Nabi Shalllahu Alayhi Wassalam.Semoga Allah menmpatkan rohnya di kalangan para ambiya, Amin Ya Robbal 'alamin.

Friday, September 6, 2013

Program Akidah Di ILP Jalan Kuchai Lama.

Al-Faqir telah dijemput untuk menyampaikan kuliah di ILP Jalan Kuchai Lama dan membentangkan juga tentang bahayanya fahaman Wahhabiy dan Syiah kepada semua yang hadir.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dengan mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir ILP sendiri.Sedikit sedutan video untuk tontonan kita bersama:-

Pengajian Kitab Hadits Riwayat Abdullah Ibn Umar RA

Alhamdulillah, pengajian bersama Ulama Nusantara Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dapat diteruskan setelah sebanyak tiga malam ia diadakan pada bulan Ramadhan yang lalu. Pengajian yang dirakam oleh Al-Faqir sendiri boleh diiukuti di laman Youtube dan diikuti dengan video-video seterusnya.