Friday, September 20, 2013

Tazkirah Juma'at Di Masjid Ar-Rahah Bangsar South City.

Alhamdulillah, al-Faqir telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah Juma'at di Masjid ar-Rahah pada 20 September 2013.Sebelum ini, telah beberapa kali al-Faqir menyampaikan tazkirah Juma'at di masjid ini dan seringkali juga diulang-ulang ialah tentang peranan seorang Imam memimpin solat berjemaah.Al-Faqir menyebut Hadis Nabi yang maksudnya,"Imam itu penjamin" yang membawa maksud akan menjamin kesempurnaan solat jemaahnya dengan solat yang dilakukan oleh Imam tersebut.Tidak selayaknya kita mengambil jawatan sebagai Imam jika tidak pernah mengamalkan hukum-hakam dalam solat yang telah diajar melalui Hadis-Hadis Nabi dan melalui kitab-kitab fiqh yang disusun oleh para Ulama Mukatabar.Ini memandangkan kebanyakan para Imam seolah-olah boleh berijtihad sendiri sedangkan yang dibenarkan berijtihad mengenai sesuatu hukum itu adalah Imam Mujtahid, bukannya Imam-Imam di masjid. Al-Faqir juga menyentuh tentang sikap Imam yang tidak pernah menimbangkan akhirat para jemaahnya, wirid-wirid ditinggalkan, dalam solat Subuh Hari Juma'at, bacaan Surah as-Sajadah dikerat tiga, berpakaian pada Hari Juma'at tidak sebagaimana yang disarankan oleh Baginda Nabi iaitu serba putih sedangkan di atas mimbar, para Imam berkhutbah mengingatkan para jemaah agar menghidupkan sunnah-sunnah Nabi tetapi malangnya, orang yang pertama menguburkan sunnah-sunnah Nabi ialah para Imam-Imam di masjid.Semoga apa yang disampaikan menjadi ibrah kepada para Imam-Imam yang ada, agar berhati-hati dalam memimpin solat berjemaah kerana ditakuti di akhirat nanti akan ditanya oleh Allah, "Engkau ada ilmu, kenapa tidak diamalkan, engkau sebagai Imam hanya tahu mengingatkan itu dan ini kepada para jemaah tetapi engkau sendiri yang mengabaikannya".Insya'Allah, Masjid ar-Rahah juga akan menjemput al-Faqir untuk membimbing para jemaah agar dapat mengamalkan setiap apa yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi Shallallhu Alayhi Wassalam.

No comments: