Monday, November 3, 2014

Kejanggalan Imam Memimpin Jemaah.

Seringkali dalam sesi pengajian Kitab Sifat Solat Nabi Yang Sohih, al-Faqir adakalanya akan menyentuh tentang bab Imam yang memimpin solat berjemaah. Alhamdulillah, ada di antara para Imam sudah mula sedar dan berubah setelah diperingatkan untuk memimpin solat berjemaah dengan sempurna, namun ada juga sebilangan di antara mereka masih dengan sikap yang lama tanpa ada perubahan sama sekali.Yang lebih malang sekali, ada di antara mereka yang jahil tentang Hadith-Hadith Nabi ﷺ dan tidak pernah bertalaqi kitab-kitab fiqh secara cermat dari para Ulama, melemparkan tuduhan fitnah jahat konon-kononnya al-Faqir ingin menjadi Imam di masjid berdekatan rumah al-Faqir sendiri.Ada di antara mereka juga dengan tanpa rasa bersalah menuduh al-Faqir menyampaikan ilmu tanpa mempunyai tauliah baik dari pihak JAWI ataupun JAIS sedangkan kedua-dua tauliah tersebut telah al-Faqir miliki. Al-Faqir seringkali juga berbincang dengan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki tentang permasalahan dan kejanggalan yang dilakukan oleh para Imam di masjid.Mengikut daripada beberapa kajian, ada di antara para Imam sebenarnya tidak berkelayakan untuk menjadi Imam tetapi disebabkan kekosongan yang terdapat di beberapa buah masjid tanpa ada yang mengambil jawatan tersebut, maka jawatan Imam diisi oleh mereka yang tidak pernah memahami hukum-hakam dalam memimpin solat berjemaah. Baginda Nabi ﷺ bersbda," الْإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ اللَّهُمَّ أَرْشِدْ الْأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ Maksudnya,"Seorang Imam adalah penjamin (untuk kesempurnaan solat) dan Muazzin itu dimanahkan untuk menjaganya.Ya Allah, tunjukilah para Imam dan ampunilan para Muazzin yang melaungkan azan".-HR Abu Daud / At-Tirdmizi. Maka selayaknya sorang Imam itu dipilih bukan di atas kemerduan suara semata-mata tetapi wajib bagi mereka memahami hukum-hakam dalam memimpin solat berjemaan.Dalan entri ini juga al-Faqir selitkan video di mana al-Faqir sendiri bertanya kepada Tuan Guru Syeikh Nuruddin yang merupakan seorang Ulama Nusantara yang faqeh dan 'alim bagi menjawab segala permasalah yang masih lagi ditimbulkan oleh para Imam.Agak mendukacitakan ialah banyak sunnah-sunnah Nabi dikuburkan oleh para Imam ketika umat Islam diberikan kenikmatan untuk menyambut Sayyidul Ayam iaitu Penghulu Segala Hari, Hari Juma'at yang ianya lebih baik dari Hari Raya Idilfitri dan Idil Adha.Adakalanya para Imam juga tidak berpakaian secara sunnah yakni memakai serba putih sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda Nabi ﷺ tetapi cukup berani menyampikan khutbah di atas mimbar untuk mengajak jemaah menghidupkan sunnah-sunnah Nabi ﷺ .

Thursday, October 30, 2014

Qasidah Di Zam Zam Ballroom Arabic Restaurant Shah Alam.

Qasidah & Selawat Di Villa Safira Kajang.

Alhamdulillah, al-Faqir dan anak-anak bersama Syeikh Mahmoud al-Wasobi telah dijemput untuk mengadakan persembahan pada 1 Muharam 1436H dengan membaca beberapa rangkaian qasidah dan selawat di sebuah Banglow Villa Safira Kajang.Semoga majlis yang diadakan mendapat rahmat dari Allah dan tahniah diucapkan kepada tuan rumah yang tahu akan keberkatan membaca qasidah dan selawat yang diadakan di rumah kediaman mereka.

Thursday, October 23, 2014

Daurah Khususiah Bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin.

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah, al-Faqir telah dapat bersama-sama untuk hadir dalam Majlis Daurah Khususiah bersama Ulama Tersohor Nusantara, Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pengajian selama 3 hari itu banyak menafaatnya dengan ilmu yang dicurahkan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin dan membolehkan al-Faqir terus menyebarkannya ketika menyampaikan pengajian di masjid-masjid dan surau-surau. Semoga Allah merahmati Tuan Guru Syeikh Nuruddin dengan keluasan ilmunya dan banyak kali rasanya al-Faqir diberi peluang untuk duduk dalam majlis pengajiannya.

Thursday, October 16, 2014

Lantuan Qasidah, Selawat & Tahnik.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpahan kurnianya, selawat dan salam untuk Baginda Nabi ﷺ di mana kumpulan al-Faqir dan anak-anak telah dijemput untuk mengadakan persembahan qasidah, selawat dan al-Faqir juga telah diamanahkan untuk mentahnik anak yang diaqiqahkan serta membaca doa dalam majlis yang diadakan di Zam Zam Grand Ballroom Restaurant, Oasis 9, Shah Alam. Buat julung-julung kalinya, bersama dengan kumpulan al-Faqir ialah kumpulan daripada al-Fadhil Ustaz Ahmad al-Yamani yang sering mengiringi Habibuna Habib Syech al-Segaf dalam majlis-majlis selawat.Semoga majlis yang diadakan mendapat keberkatan daripada Allah dengan limpahan selawat yang diucapkan kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ yang merupakan makhluk yang paling mulia ciptaan Allah.

Monday, October 6, 2014

Ceramah Perdana Di IPK Selangor.

Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah, al-Faqir telah dapat menyampaikan ceramah di Surau Khalid al-Walid, Ibu Pejabat Kontijen Polis di Seksyen 9 Shah Alam Selangor. Ceramah selama 1 jam 30 minit itu telah menyentuh tentang erti pengorbanan yang sebenar. Di antaranya ialah ramai yang hanya setahun sekali melakukan ibadat korban tetapi tidak mengorbankan masa tidur untuk berjemaah solat fardhu Subuh di masjid atau surau.Begitu juga dalam melaksanakan tuntutan sunat ibadat korban tetapi dalam masa yang sama meninggalkan kewajipan menuntut ilmu sehingga tidak pernah hadir untuk duduk dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan. Ada juga di antara mereka sibuk dengan perlaksanaan ibadat korban sehinggakan dikorban waktu untuk solat berjemaah dan sebahagiannya solat sendirian pada akhir waktu, bahkan lebih buruk lagi ada yang langsung tidak solat.Begitulah keadaan mereka yang tidak memahami tentang ibadat yang dilakukan kerana sehingga ianya menjadi sebagai satu adat sahaja dan bukannya satu ibadat sedangkan perlaksanaan ibadat korban adalah untuk mendekatkan diri kepda Allah. Banyak lagi yang disentuh tentang pengertian sebenar korban dan bukan sekadar masuk bahagian nama sahaja sedangkan perkara-perkara yang lebih utama tidak dipedulikan.Semoga apa yang disampaikan menjadi pengajaran kepada semua jemaah yang hadir dan diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Surau Khalid al-Walid yang sudi menjemput al-Faqir untuk menyampaikan ilmu.

Monday, September 29, 2014

Catatan Kuliah Sepanjang Bulan September 2014.

Sudah agak lama juga tidak mengemaskini blog ini disebabkan kesibukan al-Faqir dalam beberapa program yang telah dijadualkan. Di antaranya ialah jemputan untuk membuat persembahan Qasidah, ceramah dan juga duduk dalam beberapa pengajian yang dikendalikan oleh beberapa Ulama yang datang ke negara ini.Namun di sini dicatatkan serba sedikit penyampaian kuliah al-Faqir kepada anak-anak muda yang bakal menjadi pendakwah satu masa nanti agar dapat dijadikan pedoman.Di antaranya ialah tentang Hadis akhir zaman yang disebut oleh Baginda Nabi ﷺ ,"Rasulullah ﷺ bersabda,"Ya Allah, Jangan kau temukan aku dan mudah2an kamu sahabat tidak bertemu di mana satu zaman di mana para 'alim Ulama sudah tidak diikuti lagi dan orang yg penyantun sudah tidak disegani lagi.Hati mereka seperti hati orang Ajam pada fasiqnya, lidah mereka seperti lidah orang Arab pada fasihnya" Inilah zamannya di mana masyarakat sudah menjauhi Ulama kerana takut perbuatannya ditegur dan golongan ini juga pandai bercakap memutar-belitkan kenyataan sehingga memikat orang lain. Zaman ini adalah zaman di mana orang-orang jahil yang menilai ahli ilmu berbanding dengan zaman dahulu, para 'alim Ulama menjadi ikutan orang, bila kebenaran disampaikan, maka akan disekat daripada menyampaikan ilmu, maka sijahil yang menduduki kuasa akan menjawab di hadapan Allah satu persatu perbuatannya, ilmu dan nasihat wajib disampaikan tetapi disebabkan takut dengan makhluk, akhirnya ilmu disembunyikan demi mendapat habuan dunia yang sedikit.Ini disebabkan adanya golongan-golongan yang jahil menduduki tempat di dalam beberapa masjid sebagai Ahli Jawatankuasa dan ilmuan yang dijemput pula takut untuk berkata tentang kebenaran seolah-oleh sudah dicucuk hidungnya. Berkata Imam Asy-Syafie رحمه الله ...."sedangkan Allah dikatakan ada anak, Nabi ﷺ dituduh gila, apatah lagi dengan aku ini untuk diperkatakan oleh orang..." maka dalam berdakwah, jangan takut dengan cakap-cakap manusia yang jahil, sebut sahaja, mana Ulama yang tidak terlepas dari mehnah, fitnah dan tuduhan buruk dari manusia yang tidak memahami landasan ilmu, mengaji secara bertalaqipun tak pernah, kitab rujukannya pun tak ada, gurunya hanyalah nafsunya sendiri yang telah dipengaruhi oleh Iblis laknatullah.Di zaman ini masyarakat yang jahil akan menilai seseorang ilmuan berdasarkan kepada sijil yang diperolehi dan bukannya dengan keilmuannya yang ada sedangkan sijil itu hanyalah permainan golongan orientalis yang nak menghadkan ilmu seseorang sedangkan ilmu itu tidak ada hadnya. Malah ada di kalangan mereka yang menggunakan sijil hanyalah untuk mendapatkan sesuatu jawatan yang akhirnya menjadi takut untuk menegakkan kebenaran kerana sayangkan jawatan dan habuan yang diterima. Dalam beberapa siri kuliah al-Faqir, maka kerapkali akan menegur kesilapan sesiapa sahaja kerana menasihati dengan teguran itu adalah tugas seorang da'ie.Satu perumpamaan yang disebut ialah...."Kulit yang luka dan sakit apabila disapukan ubat, akan terasa pedihnya tetapi kulit yang tidak ada lukanya, disapukan ubat, tidak akan terasa apa-apa, begitulah dengan nasihat yang disampaikan secara umum, jika hati yang sihat, tidak terkesan apa-apa baginya tetapi kalau hati yang berpenyakit, penuh dengan kemaksiatan, akan terasa pedih bila mendengar nasihat yang terkena pada batang hidungnya.Akhirnya tanpa dapat berhujah dengan ilmu, golongan-golongan ini akan menaburkan fitnah kepada masyarakat agar dakwah menentang kebathilan ini dapat disekat.Bagi al-Faqir cukuplah dengan pesanan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki ketika bertalaqi Kitab Fatawa Imam Nawawi bersama beliau, di mana katanya,"Jangan takut ditalak tiga oleh masyarakat, jangan sampai menjadi penjilat atau pengampu demi untuk mendapatkan habuan duniawi.Ilmu adalah anugerah Allah yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, jangan sampai kita merosakkan dunia ilmu dan mengikut rentak perjalanan mereka yang tidak memahami landasan ilmu itu sendiri".

Wednesday, August 27, 2014

Seminar Pemantapan Aqidah.

Insya Allah, ASWAJA Malaysia dengan kerjasama Nadhatul Ulama' Indonesia akan mengadakan seminar dua hari bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kebathilan fahaman Wahabi dan Syiah. Al-Faqir sebagai Timbalan Setiausaha ASWAJA bersama salah seorang rakan akan membuat "live streaming" untuk seminar ini disamping akan merakamkan hujah-hujah yang disampaikan dan akan dijadikan dalam bentuk DVD untuk disebarkan kepada umum.

Thursday, August 21, 2014

Imam-Imam Masjid Pengubur Sunnah-Sunnah Nabi.

Teguran Al-Alim Al-Allamah Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki kepada para Imam-Imam muda kebanyakannya yang banyak menguburkan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam.Kebanyakan Imam-Imam muda hanya bermodalkan suara yang sedap tetapi tidak pernah bertalaqi secara cermat tetapi dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang faqeh. Bukankan di dalam Al-Quran telah difirmankan oleh Allah dalam Surah al-Imran ayat ke 31 yang mahfumnya..."Katakanlah (Wahai Muhammad), jika benar engkau mengasihi Allah, maka ikutlah daku (yakni ikut Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu...". Dalam ayat yang lain Allah berfirman..."Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik...", namun para Imam-Imam masjid tidak pernah untuk merenung dan menghayati firman Allah ini. Jika sunnah-sunnah yang kecilpun sudah dikuburkan, maka mana mungkin untuk para Imam untuk menghidupkan sunnah-sunnah Nabi yang besar. Al-Faqir sendiri dalam mengajar kitab Sifat Solat Nabi Yang Sohih Mengikut Madzhab Asy-Syafie seringkali mengingati para Imam-Imam agar tidak menguburkan sunnah-sunnah Nabi dan Alhamdulillah, ada di antara mereka mula sedar tentang kesilapan mereka dan mula mengamalkan apa yang pernah ditinggalkan dahulu.Pada pengamatan al-Faqir sendiri di masjid-masjid berdekatan rumah Al-Faqir seperti Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan, Masjid Nurul Islam Kg Desa Pahlawan, sunnah-sunnah Nabi Shallallhu 'alaihi wassalam seringkali dikuburkan dan para Imam tidak beramal secara istiqamah.Namun bagi masyarakat yang tidak pernah bertalaqi secara bersanad menganggap apa yang dibuat oleh para Imam-Imam ini adalah benar sehinggakan para Imam diangkat sebagai seorang yang faqeh tetapi sebaliknya mereka banyak tidak beramal dengan ilmu untuk menyelamatkan umat.Sememangnya teguran sebegini amat pahit untuk ditelan bagi para Imam-Imam yang ego dan sombong dengan jawatan yang disandang, apatah lagi sudah diangkat oleh masyarakat sebagai Imam tetapi bagi Imam-Imam yang mempunyai kesedaran untuk belajar dan berubah demi untuk kebaikan umat keseluruhannya, teguran sebegini merupakan satu rahmat bagi diri mereka.Video yang dimasukkan ini adalah teguran seorang Ulama yang faqeh tetapi jika para Imam-Imam tidak mengambil apa yang disampaikan ini sebagai ibrah, ditakuti mereka akan menerima adzab di akhirat sebagaimana yang disebut dalam Kitab As-Siraajul Munir oleh Imam Syarbini, Baginda Nabi mengkhabarkan,"Ketika malam aku di Isra'kan dari Masjid al-Aqsa, aku melewati sekelompok orang yang menggunting bibir-bibir mereka dengan gunting yang diperbuat dari api, maka aku bertanya kepada Jibril, siapakan mereka itu, maka dijawab oleh Jibril alaihisalam....."Itulah para KHATIB-KHATIB dari umatmu".Bukankah Ulama itu pewaris Nabi..maka ikutlah panduan para Ulama-Ulama Mu'tabar wahai para Imam-Imam masjid dan bertalaqilah secara cermat dan bersanad dengan mengamalkan tuntutan ilmu dan ianya banyak ditulis dalam kitab-kitab para Ulama seumpama Kitab Munyatul Musolli Karangan Sheikh Daud alFathoni, Kitab Fathul Mubin, Fatawa Imam Nawawi, Kitab Bidayatul Hidayah (adab-adab menjadi Imam), Kitab Minhajul Tholibin dsbnya.

Tuesday, July 29, 2014

Malam Takbir Hari Raya Idilfitri 1435H

Tazkirah Akhir Ramadhan 1435H

Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah jua, al-Faqir dapat melengkapkan semua jemputan tazkirah Ramadhan di beberapa buah surau dan masjid di sekitar Lembah Kelang. Pada 22 Julai 2014, al-Faqir telah menyampaikan tazkirah di Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam dan berakhir pada 24 Julai di Surau al-Firdaus Taman Kembangsari Serdang dengan memimpin majlis khatam al-Quran dan melantunkan beberapa rangkaian qasidah.Sebelum itu al-Faqir telah dijemput untuk memimpin solat tarawih, ceramah dan kuliah Subuh di Masjid Sungai Bongsu Kulim Kedah. Semoga perjalanan dakwah al-Faqir dapat diteruskan di masa-masa akan datang dengan jemputan meluas dari pihak masjid dan surau-surau yang kebanyakannya adalah di luar kawasan tempat al-Faqir sendiri.Sememangnya lumrah dan ujian dalam berdakwah, adakalanya di tempat sendiri kita tidak dipandang oleh masyarakat tetapi itu tidak menghalang untuk al-Faqir menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang dahagakan ilmu.Baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam sendiripun terpaksa berhijrah untuk menyampaiakan dakwahnya, maka apatah lagi dengan kita yang tidak ada langsung kemuliaannya jika nak dibandingkan dengan Sayyidina Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam.Maka tidak hairanlan jika ada di antara masjid-masjid di tempat berhampiran kediaman al-Faqir sendiri di Desa Pandan tidak mahu menjemput, mungkin juga takut jika penyampaian ilmu al-Faqir secara tegas akan mengenai batang hidung mereka sendiri.Maka benarlah Sabda Baginda Nabi di mana di akhir zaman, masyarakat takut untuk mendekati Ulama kerana bimbang perbuatannya ditegur dan yang lebih bimbang ialah para Imam-Imam yang seringkali al-Faqir tegur secara tegas agar menyempurnakan solat sebagaimana Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam menyebut,"Bersolatlah Kamu Sebagaimana Kamu Melihat Daku Bersolat".Malangnya masyarakat adakalanya tertipu dengan penampilan mereka yang sebenarnya ada di antaranya tidak pernahpun bertalaqi kitab-kitab fiqh dan Hadis-Hadis Nabi bersama para Ulama.Semoga Allah akan membuka hati mereka yang tertutup agar menerima kebenaran walaupun pahit dan bukannya semata-mata memegang jawatan untuk mendapatkan imbuhan duniawi sahaja.

Tuesday, July 22, 2014

Ihya Ramadhan Masjid al-Husna Pusat Bandar Puchong.

Tadarus Dan Tadabbur Surah al-Buruj.

Pada 19 Julai 2014 selepas solat 'asar, bertempat di Masjid Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya, al-Faqir telah dijemput untuk membimbing para hufaz Al-Quran untuk slot Tadarus dan Tadabbur Surah al-Buruj. Progran anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling ini telah berjaya menarik ramai para penghafal Al-Quran yang hadir dari segenap pelusuk tempat dengan jayanya. Alhamdulillah, slot Tadarus dan Tadabbur telah dapat dijalankan dengan baik dan ianya juga mendapat sambutan oleh para pengunjung-pengunjung masjid yang hadir untuk menuntut ilmu.Semoga Allah meberkati usaha semurni ini sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dengan limpahan rahmat dari Allah.