Friday, January 31, 2014

Ceramah Bulan Rasulullah

Alhamdulillah, selain daripada menyampaikan beberapa siri pengajian di beberapa buah masjid dan surau, al-Faqir juga dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena memperingati bulan kelahiran Bginda Nabi Shallallahu Alayhi Wassalam.Al-Faqir tidaklah sepenuhnya menceritakan tentang kisah Baginda Nabi kerana ianya seringkali akan didendangkan setiap tahun kepada para hadirin, namun apa yang disampaikan ialah bagaimana kita sebagai umat Baginda Nabi dapat menzahirkan rasa kasih kita kepada Baginda Nabi dengan menghidupkan sunnah-sunnah yang ditinggalkan. Ini bertetapan dengan sabdaan Baginda Nabi yang mahfumnya,"Sesiapa yang menghidupkan sunnah-sunnah ku, maka dia mencintai aku dan sesiapa yang mencintai aku, dia akan bersama denganku di dalam Syurga". Malah secara jelas juga Allah berfirman di dalam Surah al-Imran yang berbunyi,"Katakanlah (Wahai Muhammad):-Jika kamu benar mengasihi Allah, maka ikutlah daku (yakni Nabi), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu......" Baginda Nabi merupakan contoh ikutan terbaik sebagaimana yang dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud,"Adalah pada diri Rasulullah itu contoh ikutan terbaik", maka dengan itu setiap dari kita adalah pemimpin yang sepatutnya menunjukkan qudwah hasanah dalam kepimpinan kita.Jika di rumah, maka ibu dan ayahlah yang menjadi pemimpin, namun jika di masjid, maka para Imam, Muazzin adalah di antara yang ditugaskan memimpin.Malangnya berapa ramai di antara para Imam-Imam dan para Muazzin yang telah banyak menguburkan sunnah-sunnah Nabi yang ditinggalkan.Di antaranya tidak membaca surah secara berurutan, pergerakan dalam solat berijtihad sendiri tanpa mengambil kaedah Hadis yang menyebut,"Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat daku bersolat".Para Imam-Imam juga tergamak meninggalkan wirid-wirid yang warid dari Hadis Nabi dan para Muazzin juga tidak meraikan para Imam dalam menghabiskan wirid-wirid, seolah-olah tugasnya hanyalah mengumandangkan azan untuk mendapat sedikit imbuhan pada hujung bulan. Selain itu, al-Faqir juga menyentuh bagaimana untuk kita menterjemahkan cinta kita kepada Nabi dalam kehidupan seharian, maka ikutlah apa yang telah diajar oleh Baginda Nabi seumpama adab2 memasuki masjid, cara mana memasuki tandas, makan dan minum dengan tangan kanan, sunnah memakai pakaian dan menanggalkan pakaian serta beberapa lagi sunnah-sunnah yang diajar oleh Baginda Nabi.Maka jika sekadar mengucapkan dan menyambut Maulidurasul tanpa kita menggembirakan Baginda Nabi dengan mengikut apa yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi, kita sebenarnya tidak jujur dalam mencintai Baginda Nabi.Semoga apa yang disampaikan dalam menjadi pengajaran terutamanya kepada para-para Imam yang sepatutnya menunjukkan contoh terbaik dalam menghidupkan sunnah-sunnah Nabi dan bukannya sekadar bertugas untuk mendapat imbuhan semata-mata.

No comments: