Monday, February 3, 2014

AMBIL PERHATIAN IMAM-IMAM SEMUA.

Al-Hafiz Abu Bakar al-Khatib al-Baghdadi, salah seorang Ulama Hadith yang masyur berkata,"Tidak diambil ilmu itu melainkan dari mulut Ulama".Rasanya sudah acapkali Tuan Guru Syeikh Nuruddin menyampaikan ilmu untuk memperingatkan kepada kita tentang bagaimana kaedah solat yang sebenar-benarnya yang diajar oleh Baginda Nabi.Al-Faqir sendiri telah mengambil banyak ilmu dari Ulama ini dalam setiap pengajian yang diadakan, maka Al-Faqir sebarkan juga ketika mengajar di masjid-masjid dan surau-surau.Namun disebabkan sikap egonya sesetengah daripada Imam-Imam yang merasakan sudah 'alim sehingga berijtihad sendiri dalam memimpin solat di masjid-masjid dan surau-surau.Jika kita menegur kesalahan mereka, maka tidak diendahkannya, malah dengan sikap sombong disebabkan telah menjadi Imam, merasakan diri sudah faqeh ilmu semuanya.Al-Faqir sendiri merasa kecewa kerana para Imam seolah-olah menjadi Imam hanyalah untuk mendapatkan habuan dunia semata-mata tanpa mempertimbangkan kebaikan akhirat para makmum yang dipimpinnya.Lihat sendiri solat yang dipimpin oleh beberapa Imam di masjid-masjid yang ternyata tidak pernah mempelajari kitab Hadis dan kitab Fiqh tetapi hanyalah bermodalkan kepada hafalan dan kemerduan suara sahaja.Tuan Guru Syeikh Nuruddin adalah seorang Ulama Tersohor Nusantara yang diberi jolokan Azaharus Al-Thani yakni Azhar yang kedua kerana telah memimpin majlis Tafaquh Fiddin di seluruh Nusantara serta telah melahirkan ramai para ilmuan agama.Keilmuanya amat dipandang tinggi ditambah pula dengan kewarakannya serta sikap tawadduknya.Apakah para Imam sudah cukup ilmunya dan jika pun berilmu, kenapa ilmu itu tidak diamalkan. Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: "لاتَبْكُوا عَلَى الدِّيْنِ إِذَا وَلِيَهُ أَهْلُهُ وَلَكِنْ ابْكُوا عَلَيْهِ إِذَا وَلِيَهُ غَيْرُ أَهْلِهِ". Maksudnya: "Jangan tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orang yang bukan ahlinya". [Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Thabarani] Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda: "إِذَاوَسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ". Maksudnya: "Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan pakarnya maka perhatikanlah saat kebinasaannya". [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari Maka dengan itu Al-Faqir lebih senang memandu kereta ke masjid-masjid di mana Imamnya mengamalkan sunnah-sunnah Nabi daripada solat di belakang Imam yang terdapat berhampiran rumah Al-Faqir di Desa Pandan kerana ternyata solat yang dipimpin tidak sempurna.Firman Allah yang maksudnya,"Tidaklah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui", maka disebabkan Al-Faqir telah didedahkan dengan ilmu yang disampaikan oleh Ulama inilah, dengan itu lebih baik mencari yang terbaik.

No comments: