Tuesday, June 24, 2014

Tazkirah Ramadhan 1435H

Insya Allah, al-Faqir akan menyampaikan tazkirah sepanjang bulan Ramadhan 1435H, untuk pengisian ilmu kepada para jemaah. Di antara tempat-tempatnya ialah:- 1 Julai @ Surau al-Firdaus Taman Seri Kembangan 3 Julai @ Surau Saidina Ali Bukit Sentosa Rawang. 4 Julai @ Madrasah Darul Taqwa Lebuh Turi Kelang. 7 Julai @ Surau an Nur Bandar Saujana Putra. 8 Julai @ Dewan Besar Ambank, Jalan Raja Chulan, Kuliah Zuhur. 10 Julai @ Yayasan Tun Abdul Razak, Surau an Nur, Kuliah Zuhur. 11 Julai @ Surau al Hidayah Taman Sunway Batu Caves. 14 Julai @ Masjid al-Husna Pusat Bandar Puchong. 19 Julai @ Surau Darul hidayah Taman Pinggiran Batu Caves. 20 Julai @ Masjid al Ikhlasiah Kg Kerinchi, Kuliah Subuh. 23 Julai @ Masjid al Irsyad USJ1. 24 Julai @ PNB Jalan Tuan And Razak, Kuliah Zuhur. 24 Julai Malam, Surau al-Firdaus Seri Kembangan, Tazkirah dan Qasidah. Adapun bebeapa siri pengajian berkitab akan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan bagi memberi peluang para jemaah menghidupkan Ramadhan dengan ibadat solat sunat Tarawikh. Solat sunat Tarawikh juga akan diadakan seperti dua tahun yang lepas di kediaman al-Faqir bagi memberi peluang kepada beberapa warga emas yang tidak berupaya ke masjid atau surau dan akan dipimpin sendiri oleh al-Faqir dan anakanda mohd Hazirul Afiq. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT usaha dakwah yang dijalankan.

Sepanjang Program Rasulullah DiRindui, Ramadhan DiNanti

Alhamdulillah, al-Faqir mengucapkan jutaan tahniah di atas usaha pihak pentadbiran Surau al-Ikhlas Taman Nilai Perdana Negeri Sembilan kerana berjaya menganjurkan satu majlis yang penuh keberkatan bermula jam 6 petang hingga 11 malam. Majlis yang dimulai dengan bacaan tahlil arwah, kemudian seusai solat Maghrib, lantunan qasidah dipersembahkan oleh Kumpalan As-Salikin, diikuti dengan Tausiah dari al-Faqir yang menyentuh tentang kewajipan mencinta Baginda Nabi Shallallahu alaihi wassalam dengan menghidupkan sunnnah-sunnah yang ditinggalkan, kemudian beralih pula kepada beberapa kelebihan bulan Ramadhan. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi pengajaran kepada semua yang hadir apatah lagi sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam banyak terkubur dewasa ini sehingga melibatkan juga kepada Imam-Imam masjid yang menjadi pengkubur sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam kerana tidak menyempurnakan hak Baginda Nabi dalam memimpin solat berjemaah. Majlis ditutup dengan lantunan qasidah, Mahalul Qiyam,solat Isya' berjemaah dipimpin oleh al-Faqir sendiri, kemudian semua yang hadir dijamu dengan makanan Beriani Kambing.Syukran Jazakumullah kepada semua pihak yang terlibat, semoga Allah merahmati majlis seumpama ini yang tidak lagi dilihat oleh sebilangan masyarakat betapa pentingnya untuk mempunyai perasaan mahabah kepada Sayyidul Wujud, Sayyidina Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam.

Sunday, June 15, 2014

Tausiyah Ramadhan.

Ceramah Perdana Kelebihan Malam Nisfu Sya'aban.

Alhamdulillah, al-Faqir telah dapat menyempurnakan program menyambut Nisfu Sya'aban di beberapa buah tempat dengan jayanya atas izin Allah jua.Sesungguhnya bulan Sya'aban sering dilupakan oleh masyarakat sedangkan pada pertengahannya ada kemuliaan di sisi Allah.Al-Faqir seringkali membawa beberapa riwayat tentang kelebihan Malam Nisfu Sya'aban sebagaimana yang ditulis ileh Muhaddith Al Hafiz Syeikh Salim al Sanhuri al Maliki rahimahullah di dalam kitabnya. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi ibrah kepada para jemaah yang hadir dalam program yang begitu baik ini.