Tuesday, June 24, 2014

Sepanjang Program Rasulullah DiRindui, Ramadhan DiNanti

Alhamdulillah, al-Faqir mengucapkan jutaan tahniah di atas usaha pihak pentadbiran Surau al-Ikhlas Taman Nilai Perdana Negeri Sembilan kerana berjaya menganjurkan satu majlis yang penuh keberkatan bermula jam 6 petang hingga 11 malam. Majlis yang dimulai dengan bacaan tahlil arwah, kemudian seusai solat Maghrib, lantunan qasidah dipersembahkan oleh Kumpalan As-Salikin, diikuti dengan Tausiah dari al-Faqir yang menyentuh tentang kewajipan mencinta Baginda Nabi Shallallahu alaihi wassalam dengan menghidupkan sunnnah-sunnah yang ditinggalkan, kemudian beralih pula kepada beberapa kelebihan bulan Ramadhan. Semoga apa yang disampaikan dapat menjadi pengajaran kepada semua yang hadir apatah lagi sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam banyak terkubur dewasa ini sehingga melibatkan juga kepada Imam-Imam masjid yang menjadi pengkubur sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam kerana tidak menyempurnakan hak Baginda Nabi dalam memimpin solat berjemaah. Majlis ditutup dengan lantunan qasidah, Mahalul Qiyam,solat Isya' berjemaah dipimpin oleh al-Faqir sendiri, kemudian semua yang hadir dijamu dengan makanan Beriani Kambing.Syukran Jazakumullah kepada semua pihak yang terlibat, semoga Allah merahmati majlis seumpama ini yang tidak lagi dilihat oleh sebilangan masyarakat betapa pentingnya untuk mempunyai perasaan mahabah kepada Sayyidul Wujud, Sayyidina Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam.

No comments: