Tuesday, July 29, 2014

Malam Takbir Hari Raya Idilfitri 1435H

Tazkirah Akhir Ramadhan 1435H

Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah jua, al-Faqir dapat melengkapkan semua jemputan tazkirah Ramadhan di beberapa buah surau dan masjid di sekitar Lembah Kelang. Pada 22 Julai 2014, al-Faqir telah menyampaikan tazkirah di Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam dan berakhir pada 24 Julai di Surau al-Firdaus Taman Kembangsari Serdang dengan memimpin majlis khatam al-Quran dan melantunkan beberapa rangkaian qasidah.Sebelum itu al-Faqir telah dijemput untuk memimpin solat tarawih, ceramah dan kuliah Subuh di Masjid Sungai Bongsu Kulim Kedah. Semoga perjalanan dakwah al-Faqir dapat diteruskan di masa-masa akan datang dengan jemputan meluas dari pihak masjid dan surau-surau yang kebanyakannya adalah di luar kawasan tempat al-Faqir sendiri.Sememangnya lumrah dan ujian dalam berdakwah, adakalanya di tempat sendiri kita tidak dipandang oleh masyarakat tetapi itu tidak menghalang untuk al-Faqir menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang dahagakan ilmu.Baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam sendiripun terpaksa berhijrah untuk menyampaiakan dakwahnya, maka apatah lagi dengan kita yang tidak ada langsung kemuliaannya jika nak dibandingkan dengan Sayyidina Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam.Maka tidak hairanlan jika ada di antara masjid-masjid di tempat berhampiran kediaman al-Faqir sendiri di Desa Pandan tidak mahu menjemput, mungkin juga takut jika penyampaian ilmu al-Faqir secara tegas akan mengenai batang hidung mereka sendiri.Maka benarlah Sabda Baginda Nabi di mana di akhir zaman, masyarakat takut untuk mendekati Ulama kerana bimbang perbuatannya ditegur dan yang lebih bimbang ialah para Imam-Imam yang seringkali al-Faqir tegur secara tegas agar menyempurnakan solat sebagaimana Hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam menyebut,"Bersolatlah Kamu Sebagaimana Kamu Melihat Daku Bersolat".Malangnya masyarakat adakalanya tertipu dengan penampilan mereka yang sebenarnya ada di antaranya tidak pernahpun bertalaqi kitab-kitab fiqh dan Hadis-Hadis Nabi bersama para Ulama.Semoga Allah akan membuka hati mereka yang tertutup agar menerima kebenaran walaupun pahit dan bukannya semata-mata memegang jawatan untuk mendapatkan imbuhan duniawi sahaja.

Tuesday, July 22, 2014

Ihya Ramadhan Masjid al-Husna Pusat Bandar Puchong.

Tadarus Dan Tadabbur Surah al-Buruj.

Pada 19 Julai 2014 selepas solat 'asar, bertempat di Masjid Sultan Abdul Aziz Jalan Templer Petaling Jaya, al-Faqir telah dijemput untuk membimbing para hufaz Al-Quran untuk slot Tadarus dan Tadabbur Surah al-Buruj. Progran anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling ini telah berjaya menarik ramai para penghafal Al-Quran yang hadir dari segenap pelusuk tempat dengan jayanya. Alhamdulillah, slot Tadarus dan Tadabbur telah dapat dijalankan dengan baik dan ianya juga mendapat sambutan oleh para pengunjung-pengunjung masjid yang hadir untuk menuntut ilmu.Semoga Allah meberkati usaha semurni ini sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dengan limpahan rahmat dari Allah.

Ceramah Nuzul Quran 1435H.

Alhamdulillah, al-Faqir telah dijemput untuk menyampaikan ceramah Nuzul Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 di mana program sebegini merupakan satu-satu caranya untuk mendekatkan anak-anak mencintai Al-Quran.Terima Kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang sudi menjemput al-Faqir, semoga apa yang disampaikan dapat memberi menafaat kepada para guru-guru dan juga murid-murid yang hadir.

Thursday, July 10, 2014

Kuliah Ramadhan Di Dewan Besar Ambank Group.

Alhamdulillah, al-Faqir telah diberi amanah untuk menyampaikan kuliah Zuhur di Dewan Besar Ambank Group Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014. Al-Faqir lebih menekankan tentang kelebihan mempelajari, membaca dan menghayati Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.Selain itu al-Faqir juga berpesan agar kesempatan waktu dan umur yang diberi oleh Allah sepanjang Ramadhan dapat dimenafaatkan sebaik mungkin dan tidaklah kita sebagaimana yang disebut oleh Imam Hasan al-Basri rahimahullah hanya bertuhankan Ramadhan. Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan pengajaran kepada semua yang hadir dan sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Surau al-Kahfi Ambank Group kerana telah berjaya menganjurkan setiap hari majlis-majlis ilmu untuk dihidangkan kepada masyarakat.