Thursday, October 30, 2014

Qasidah Di Zam Zam Ballroom Arabic Restaurant Shah Alam.

Qasidah & Selawat Di Villa Safira Kajang.

Alhamdulillah, al-Faqir dan anak-anak bersama Syeikh Mahmoud al-Wasobi telah dijemput untuk mengadakan persembahan pada 1 Muharam 1436H dengan membaca beberapa rangkaian qasidah dan selawat di sebuah Banglow Villa Safira Kajang.Semoga majlis yang diadakan mendapat rahmat dari Allah dan tahniah diucapkan kepada tuan rumah yang tahu akan keberkatan membaca qasidah dan selawat yang diadakan di rumah kediaman mereka.

Thursday, October 23, 2014

Daurah Khususiah Bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin.

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah, al-Faqir telah dapat bersama-sama untuk hadir dalam Majlis Daurah Khususiah bersama Ulama Tersohor Nusantara, Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki di Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pengajian selama 3 hari itu banyak menafaatnya dengan ilmu yang dicurahkan oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin dan membolehkan al-Faqir terus menyebarkannya ketika menyampaikan pengajian di masjid-masjid dan surau-surau. Semoga Allah merahmati Tuan Guru Syeikh Nuruddin dengan keluasan ilmunya dan banyak kali rasanya al-Faqir diberi peluang untuk duduk dalam majlis pengajiannya.

Thursday, October 16, 2014

Lantuan Qasidah, Selawat & Tahnik.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan limpahan kurnianya, selawat dan salam untuk Baginda Nabi ﷺ di mana kumpulan al-Faqir dan anak-anak telah dijemput untuk mengadakan persembahan qasidah, selawat dan al-Faqir juga telah diamanahkan untuk mentahnik anak yang diaqiqahkan serta membaca doa dalam majlis yang diadakan di Zam Zam Grand Ballroom Restaurant, Oasis 9, Shah Alam. Buat julung-julung kalinya, bersama dengan kumpulan al-Faqir ialah kumpulan daripada al-Fadhil Ustaz Ahmad al-Yamani yang sering mengiringi Habibuna Habib Syech al-Segaf dalam majlis-majlis selawat.Semoga majlis yang diadakan mendapat keberkatan daripada Allah dengan limpahan selawat yang diucapkan kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ yang merupakan makhluk yang paling mulia ciptaan Allah.

Monday, October 6, 2014

Ceramah Perdana Di IPK Selangor.

Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah, al-Faqir telah dapat menyampaikan ceramah di Surau Khalid al-Walid, Ibu Pejabat Kontijen Polis di Seksyen 9 Shah Alam Selangor. Ceramah selama 1 jam 30 minit itu telah menyentuh tentang erti pengorbanan yang sebenar. Di antaranya ialah ramai yang hanya setahun sekali melakukan ibadat korban tetapi tidak mengorbankan masa tidur untuk berjemaah solat fardhu Subuh di masjid atau surau.Begitu juga dalam melaksanakan tuntutan sunat ibadat korban tetapi dalam masa yang sama meninggalkan kewajipan menuntut ilmu sehingga tidak pernah hadir untuk duduk dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan. Ada juga di antara mereka sibuk dengan perlaksanaan ibadat korban sehinggakan dikorban waktu untuk solat berjemaah dan sebahagiannya solat sendirian pada akhir waktu, bahkan lebih buruk lagi ada yang langsung tidak solat.Begitulah keadaan mereka yang tidak memahami tentang ibadat yang dilakukan kerana sehingga ianya menjadi sebagai satu adat sahaja dan bukannya satu ibadat sedangkan perlaksanaan ibadat korban adalah untuk mendekatkan diri kepda Allah. Banyak lagi yang disentuh tentang pengertian sebenar korban dan bukan sekadar masuk bahagian nama sahaja sedangkan perkara-perkara yang lebih utama tidak dipedulikan.Semoga apa yang disampaikan menjadi pengajaran kepada semua jemaah yang hadir dan diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Surau Khalid al-Walid yang sudi menjemput al-Faqir untuk menyampaikan ilmu.