Monday, January 19, 2015

Program Maulidurasul 1435H

Alhamdulillah, dengan keizinan daripada Allah jualah, al-Faqir telah dapat menyempurnakan penyampaian Ceramah Maulidurasul di beberapa tempat sejak masuknya bulan Rabiulawal. Bermula pada 1 January 2015, al-Faqir telah menyampaikan ceramah khas Subuh di Surau Khalid al-Walid IPK Seksyen 9 Shah Alam. Kemudiannya pada 3 January 2015, bermula jam 9 pagi, al-Faqir diberi amanah untuk berceramah di Surau alNur Taman Kasturi Balakong Cheras. Pada malamnya seusai solat maghrib, ceramah Maulidurasul diteruskan pula di Masjid Nur Ehsan Solok Duku, Masjid Tanah Melaka.Semoga apa yang disampaikan dapat memberi menafaat kepada semua jemaah yang hadir dan al-Faqir mengucapkan jutaan terima kasih, Syukran Jazakumullah kepada yang sudi menjemput al-Faqir untuk menyampaikan amanah Allah dan Rasulnya.

No comments: