Wednesday, December 28, 2016

Kursus Sifat Solat Nabi Yang Sohih Mengikut Madzhab Syafie - Imam, Muazzin Dan Makmum

Alhamdulillah, pada 10/12/2016 bertempat di Surau al-Falah Taman Cempaka Ampang, al-Faqir telah diberi amanah untuk mengendalikan kursus Sifat Solat Nabi Yang Sohih Mengikut Madzhab Syafie untuk Imam, Muazzin dan Makmum. Ibadat terpenting inilah yang banyak diremehkan kesempurnaannya oleh begitu ramai masyarakat termasuk juga kepada yag memimpin solat seperti Imam-Imam.Dalam kursus selama 4 jam tersebut, al-Faqir telah membentang slide ciri-ciri kelayakan seorang itu menjadi Imam, Muazzin dan juga panduan kepada makmum. Kemudian pada 14/12/2016, kursus yang sama telah diadakan pula di Surau al-Ikhlas Nilai Perdana dan Insya Allah, kursus sebegini akan terus diperluaskan kerana terdapat banyak permintaan dari beberapa masjid dan surau.Semoga Allah memberkati usaha pihak Surau Al-Falah Taman Cempaka Ampang dan juga Surau al-Ikhlas Nilai Perdana dalam menganjurkan kursus sebegini kerana masyarakat juga perlu didedahkan tentang beberapa kejanggalan yang berlaku kepada Imam-Imam yang tidak menyempurnakan ibadat terpenting ini sehingga boleh merugikan para makmum.

Monday, July 25, 2016

Amalan Baca Surah Al-Qadr 7 Kali Di Kubur - Bukti Dari Kitab, Jawapan Kepada Wahabi.

Assalamualaikum semuanya, semoga senantiasa di bawah pemeliharaan Allah. Posting saya kali ini adalah bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengatakan amalan mengambil tanah dan dibacakan Surah al-Qadr sebanyak 7 kali, kemudian diletakkan di sisi mayat tidak ada sumbernya.Ini berikutan saya memasukkan amalan ini di dalam posting facebook saya, maka bertebaranlah datangnya komentar-komentar dari mereka yang sebenarnya tidak pernah bertalaqi dengan komentar-komentar berupa cacian, penghinaan dan lain-lain lagi terhadap apa yang saya tulis.Lebih parah lagi apabila apa yang saya tulis dijawab pula oleh seorang pemuka Wahabi yang bertitle "Dr", mempunyai sijil PhD dalam bidang Hadith dengan mengatakan ia adalah amalan orang-orang Syiah, sedangkan tidak dibuktikan langsung terdapat kitab-kitab Syiah menulis amalan ini. Alhamdulillah, besarnya kekuasaan Allah untuk melenyapkan kebathilan fahaman Wahabi di negara ini, selang tidak berapa lama, pemuka Wahabi yang berbangga dengan PhDnya akhirnya mendapat surat daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) dengan ditandatangani surat tersebut oleh Yang Berbahagia Dato' Mufti Selangor, melarang pemuka Wahabi tersebut menyampaikan ceramahnya di Selangor, samada di masjid-masjid, surau-surau, IPTS, IPTA dan sebagainya. Maka posting saya kali ini adalah untuk membuktikan bahawa amalan tersebut terdapat dalam kitab-kitab Ulama' terdahulu tetapi ada juga di kalangan para Ustaz-Ustaz yang seolah-olah sudah tidak ada modal untuk menyampaikan kuliah di masjid dan surau, mengatakan amalan ini tiada asasnya.Adalah lebih baik bagi mereka yang tidak pernah bertalaqi sejak kecil lagi apatah lagi di pondok-pondok dengan beberapa masyaikh berkata "saya tidak tahu" daripada cuba menunjuk pandai mengomentar kepada masyarakat awam ketika menyampaikan kuliah mereka. Maka itu, di sini saya sertakan bukti-bukti yang kukuh daripada mana amalan ini di ambil, bukan sekadar berkokok tanpa berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang sedikit.